BENGKEL TOT MAPING

Bahagian Perhubungan Ibu Pejabat KEMAS telah mengadakan bengkel TOT penyediaan Maping di Pusat Kegiatan Masyarakat Lumut, Perak selama dua hari iaitu pada 5 & 6 November 2009. Bengkel ini diadakan bagi memberi gambaran dan mengajar kaedah untuk menyediakan maping setiap kampung dalam negeri Kelantan. KEMAS Kelantan diwakili oleh En Mahdi bin Che will, Penolong Pengarah Operasi II dan En Padzluddin bin Hamid, Penyelia Perhubungan & 3P. Operasi pemetaan kampung akan diadakan dalam tempoh terdekat dimana operasi ini akan diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi II.