BENGKEL TOT MAPING

RASUAH MENGELILINGI KITA
Definasi rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang undang dimana seseorang mendapat kebebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak pihak tersebut. Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripada corruptio, iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada busuk yang pastinya memualkan dan meloyakan sekaligus menjadikan rasuah sebagai sesuatu perilaku yang menjijikan dan ditolak oleh agama.
Rasuah mencakupi empat perkara iaitu melanggar undang undang yang dikuatkuasa, penyalahgunaan harta negara, merugikan negara, memperkayakan diri sendiri dan kerabat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menyalahguna jawatan atau kedudukan. Boleh dikatakan bahawa rasuah merupakan cabang daripada korupsi. Antara jenis korupsi ialah jenayah kolar putih yang merangkumi lima elemen penting iaitu melanggar hukum atau peraturan, penyelewengan kuasa sewenang wenangnya, merugikan negara, memperkayakan diri sendiri dan yang kelima ialah amalan pilih kasih seperti nepotisme dan kronisme.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah ialah :
1. Hilang atau lemahnya nilai keagamaan.
2. Tabiat manusia yang tamak serta sukakan kekayaan.
3. Tidak Amanah
4. Tidak ada penerapan hukum agama.
5. Kurang menghayati konsep serta ajaran agama.
6. Banyak hutang seperti kereta, rumah dan sebagainya.
7. Tamak haloba.
8. Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
9. Menganggap rasuah sebagai satu cara hidup.
Dinegara kita, rasuah kebayakanya dikaitkan dengan penguatkuasa seperti polis dan sebagainya. Rasuah juga dikaitkan dengan orang yang mempunyai kuasa seperti jurutera, jawatankuasa tender, pengurusan projek atau lain lain. Kebanyakan daripada rakyat negara kita tidak memahami apakah yang dikategorikan sebagai rasuah. Didalam jabatan KEMAS, berbagai perkara dan perilaku yang boleh dikaitkan dengan rasuah dan boleh didakwa oleh SPRM, antaranya ialah perkara perkara berikut :-
1. Menuntut bayaran tanpa membuat / atau melakukan kerja yang diarahkan dalam L.O.
2. Memalsukan dokumen samada untuk tuntutan program atau tuntutan perjalanan.
3. Menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi.
4. Memberi tender atau kerja kerja berkaitan kepada orang yang ada kaitan dengan kita.
5. Menggunakan kedudukan kita sebagai PM atau Penyelia untuk kepentingan peribadi.
6. Mengambil komisyen daripada pembelian menggunakan wang kerajaan.
7. Meminta habuan daripada kontraktor yang mendapat tender kerajaan.
8. Melekatkan gambar program lain untuk program berkaitan - tuntutan bertindih.
9. Membuat tuntutan bayaran terhadap program yang telah dibayar oleh jabatan lain.
Perkara diatas adalah antara yang dapat dilakukan oleh kita sebagai kakitangan KEMAS jika kita mahu melakukannya. Maka sudah tiba masanya kita berhenti dari melakukanya, jika kita telah dan sedang melakukan, ingatlah satu sen yang dilaburkan oleh kita dengan cara yang halal, akan mendapat berkat, tetapi beribu pun yang kita dapat, tidak pernah cukup untuk menanggung keluarga kita meskipun hanya 2 atau 3 orang sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)